Sambutan Pra-Krismas

20 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Bertempat di PDK Serasot telah diadakan Program Sambutan Pra-Krismas bersama 5 buah PDK di Daerah Bau. Program ini merupakan anjuran bersama Pusat Khidmat Khas Mas Gading, Pusat Pemulihan dalam Komuniti serta Pusat Internet dari daerah Bau.

Program ini juga merupakan kesinambungan daripada program Jelajah ICT bersama PDK yang telah dijalankan dari bulan October sehingga Disember 2018.
Beberapa program yang dijalankan pada hari berkenaan. Antaranya:
- Permainan Klik Dengan Bijak "Action Kamen" yang melibatkan para pelatih PDK, penyelia serta petugas PDK dan juga ibubapa.
- Persembahan dari setiap PDK sekitar daerah Bau
- Penyampaian hadiah kepada semua pemenang berkaitan ICT ketika program jelajah ICT dijalankan sepanjang bulan October hingga December 2018

Antara tetamu kehormat yang turut hadir ketika itu ialah YB Tuan Mordi Anak Bimol, iaitu Ahli Parliment P192 Mas Gading. Selain itu, beliau juga turut memberi sedikit sumbangan dan cenderahati kepada PDK sempena perayaan Krismas yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali